Wednesday, March 30, 2011

Agensi penghantaran di serbu SPRM. GULP!!


Pegawai Kanan Kastam Suami Isteri Antara Yang Ditahan SPRM Dalam Serbuan Besar-Besaran


PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia adalah di antara yang ditahan dalam satu gerakan besar-besaran oleh Pasukan Tindakan Khas yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serentak di seluruh negara semalam (Isnin).


Pasukan itu telah membuat serbuan ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak. Serbuan itu dilakukan ke atas 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis Kastam Di Raja Malaysia di seluruh negara.


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, dalam serbuan itu, dua orang pegawai kanan Kastam telah ditangkap bagi membantu siasatan. "Ratusan ribu ringgit telah dijumpai di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," katanya kepada media di sini hari ini. Menurut beliau lagi, pasukan itu juga telah menyita lebih daripada 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan dalam operasi berkenaan.


Pasukan Tindakan Khas ini melibatkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa lagi agensi penguatkuasaan berkaitan. Mustafar menjelaskan, kesemua entiti yang diserbu dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram. "Ia juga termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah," katanya.


"Kami melakukan tinjauan selama sebulan. Ia boleh dikatakan satu sindiket berikutan jaringan yang ada antara satu sama lain," katanya. Kesemua aktiviti tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Ditanya mengenai jumlah sebenar yang diperolehi dari serbuan itu, Mustafar berkata, "Ia hanya merupakan satu kes yang dilaporkan berbanding 10 yang tidak dilaporkan. Saya yakin ia tetap melibatkan jumlah yang sangat tinggi."


Tentang sama ada serbuan semalam melibatkan seorang anggota salah sebuah parti politik, beliau menjawab, "Ia hanya satu kebetulan".


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata Malaysia mencatatkan Kesalahan dan Ketinggalan (E&O) aliran keluar kewangan RM135.3 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009. E&O itu antara lain mungkin mencerminkan aliran kewangan tidak direkodkan yang dijalankan melalui saluran tidak formal, yang mungkin termasuk dana yang berpunca daripada aktiviti haram, katanya.


source from : BERNAMA

Monday, March 28, 2011

my baby...

Azim is grown up so fast He’s so in to old tricycle (dah pecah2 pon die suke) than he’s new pushcar (no picture,lupe nak amik)






Saturday, March 26, 2011

visiting zoo

19032011 - Pegi Zoo Negara...nasib baik cuace elok x hujan x panas...redup jek...awal sgt kot bawak azim g zoo ni yela kecik lagi bukan tau ape pon yg sbenarnye ummi ngan abah nye yg nak pegi heheh da lame x pegi zoo...tapi azim excited lebey ok....cume die x excited ngan gajah, zirafah hermmm nape yek, padahal bende tu punye la besar dok depan mate...psst perasan x zoo ni senyap...yg bunyi pon monyet & burung...binatang yg besar2 cam gajah,harimau diam jek..asal ha???? jinak sangat ke?? lg pelik seladang kot namenye yg besar gile tu...elok jek dok diam2 reramai meleseh2 xmo lak melompat keluar... bukan nye tinggi pon pagar tu..heheh








Friday, March 18, 2011

botol susu pulak merbahaya

haiiiisshhhhh~~~~ (ops mengeluh pulak) macam2 hal la skarang ni...dulu xde pulak dengar botol susu ni bahaya...la ni siap nak di haramkan...tapi postponed pulak...bley pulak camtu yer... jadi saya sebagai ummi kepada seorang bayi yg belum lagi setahun..dengan ini mengambil langkah segera dengan menukar botol susu anak saya kepada botol kaca!! *walaupon risiko nye tinggi sebelum anak aku ni pandai membaling benda baik ajar die dari awal...supaya jaga harta benda yg ummi beli ni elok2...untung anak2 zaman sekarang.... dan botol yg terpilih adalah ----->> Coddlelife


harganye ok la, semalam beli botol & sarung jek...puting takde stock lak...total up RM49.00 untuk 1 botol...kat rumah dah sedia ada BPA free bumble bee bottle tp 5oz punye x cukup ye...sebab azim skrang skali minum adalah 6-7oz...botol kaca ni khas tuk minum susu jek..


tu dia....adzim's trying his new bottle.... :)